Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal unggul di laman sendiri, hadirkan kekalahan pertama Spurs

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal-atasi-spurs.jpg
ARSENAL 3 TOTTENHAM 1

Arsenal memperagakan permainan berkualiti dalam melakar kemenangan 3-1 aksi derbi London Utara edisi ke-192 mengatasi Tottenham Hotspur saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta meneruskan rentak tiga kemenangan berturut-turut apabila memastikan pertembungan bertemu kelab jiran memihak kepada mereka dengna jaringan terhasil menerusi Thomas Partey, Gabriel Jesus dan Granit Xhaka.

Selepas tamat rehat aksi antarabangsa, Arsenal dan Tottenham turun beraksi di Stadium Emirates dalam usaha mendapatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di kelompok teratas liga.

Corak permainan di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kubu pertahanan masing-masing, beberapa serangan balas yang dilancarkan oleh Tottenham hampir membenarkan mereka mendahului perlawanan.

Bagaimanapun, tuan rumah terlebih dahulu berjaya membuka jaringan selepas pemain pertahanan, Ben White melakukan hantaran kepada Partey untuk melepaskan percubaan daripada luar kotak penalti mengatasi penjaga gol, Hugo Lloris.

Ketinggalan tidak menjejaskan rentak permainan Spurs, yang mengawal penguasaan bola melebihi 60 peratus, berjaya menyamakan kedudukan menerusi Harry Kane, Richarlison dijatuhkan oleh pertahanan Gunners, Gabriel dan pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti.

Selepas separuh masa pertama berakhir dengan 1-1, Arsenal seakan dihembus semangat baru sejak permulaan separuh masa kedua, percubaan Bukayo Saka berjaya ditampan Lloris namun Jesus tidak melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat pasukannya pada minit ke-49 menjadikan kedudukan 2-1 memihak Arsenal.

Pada ketika skuad bimbingan Antonio Conte memerlukan jaringan penyamaan, mereka terpaksa menerusi permainan dengan 10 pemain, Emerson Royal melakukan terjahan keras keras Gabriel Martinelli dan pengadil melayangkan kad merah menyaksikan mereka tempang untuk menamatkan perlawanan.

Pengakhiran yang terbaik buat Arsenal disempurnakan pada minit ke-67 apabila Martinelli melakukan lorongan buat Xhaka untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat mengatasi Lloris buat kali ketiga.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal terus unggul di puncak liga dengan 21 mata selepas lapan perlawanan. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video