Bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam satu acara tinju di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Dia hadir untuk menyaksikan perlawanan tinju di antara Tyson Fury menetang Oleksandr Usyk di Kingdom Arena dan pemain berusia 39 tahun itu dalam keadaan ketawa dilihat berkata:

"Mereka tidak akan memenangi liga" selepas seorang rakannya meminta dia untuk bermain untuk Arsenal.




Perlawanan terakhir EPL malam ini akan menjadi penentu sama ada Arsenal bakal menjadi juara liga mahupun Manchester City akan mengekalkan status juara EPL buat kali keempat berturut-turut.