Emiliano Martinez menegaskan dia akan sentiasa menyayangi Arsenal selepas Aston Villa merencatkan harapan bekas kelabnya itu untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 2-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
"Saya rasa saya pernah berada di sini dalam temph 10-11 tahun," kata penjaga gol kelahiran Argentina itu.
"Saya masih mempunyai sahabat di sini. Saya datang ke mari sebagai kanak-kanak dan meninggalkannya sebagai seorang lelaki dewasa. Saya akan sentiasa menyukai kelab ini.
"Arsenal masih di tangga kedua, mereka telah melangkah jauh dan mempunyai salah seorang pengurus terbaik di dunia. Saya sempat bekerja di bawah Mikel Arteta. Saya tahu betapa bagusnya dia."
Begitupun, Martinez juga mengingatkan bahawa mereka juga mempunyai misi tersendiri apabila kini berada di landasan tepat untuk tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
"Saya menikmati setiap kemenangan, apatah lagi peminat telah memberi sokongan padu di tempat sendiri dan di tempat lawan.
"Kami tahu kemenangan di tempat lawan akan membantu meningkatkan harapan kami ke UCL.
"Ini adalah langkah pertama, kami mempunyai baki lima perlawanan.
"Tetapi kami harus menikmati kejayaan ini dan menyambung perjuangaan pada Khamis ini dan cuba mara ke separuh akhir Liga Persidangan Eropah."

Top-class displays all over the pitch. ?
— Aston Villa (@AVFCOfficial) April 14, 2024
It's time to choose your #ARSAVL Player of the Match, presented by Castore! ⭐