Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal pilihan kejohanan -- Marcelino

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcelino.jpg
VALENCIA 2 VILLAREAL 0
(Valencia menang agregat 5-1)

Jurulatih Valencia, Marcelino, menegaskan tekanan bakal dirasai oleh Arsenal ketika skuad kendaliannya berdepan The Gunners dalam aksi separuh akhir Liga Europa.


Toni Lato dan Dani Parejo menepati sasaran buat Los Che untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Villarreal awal pagi tadi bagi memastikan kemenangan 5-1 secara agregat.

Marcelino tidak begitu teruja dengan persembahan pasukannya tetapi mereka mendominasi lawan di Mestalla.

Bakal berdepan Arsenal dalam separuh akhir – dibimbing oleh pemenang UEL tiga kali dan bekas pengendali Valencia, Unai Emery – merupakan satu habuan dan Marcelino menegaskan kelab Liga Perdana Inggeris itu adalah pilihan kejohanan.

"Arsenal berjuang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) bersama jurulatih yang sudah membiasakan diri dalam situasi ini, mereka adalah pilihan kejohanan," kata Marcelino.

"Tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam separuh akhir. Dalam masa sama, aksi final di Baku masih jauh buat kami.

Valencia bermula sukar dalam kempen LaLiga musim ini tetapi skuad kendalian Marcelino itu kini hanya ketinggalan tiga mata untuk berada dalam kelompok empat terbaik sementara akan berdepan Barcelona dalam aksi final.

"Kami berbangga dengan persembahan pasukan. Kami telah melangkah ke separuh akhir dan akhir dan hanya memerlukan beberapa kemenangan lagi.

"Menang di Seville ke atas Real Betis, Ahad ini, akan meletakkan pasukan di kedudukan yang baik."

Advertisement

Must Watch Video