Mikel Arteta menafikan mempunyai dua penjaga gol handalan merupakan satu perjudian selepas Arsenal menyempurnakan pembelian David Raya secara pinjaman minggu lalu.
Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 27 tahun itu telah dibawa masuk daripada Brentford dalam perjanjian semusim yang menelan belanja The Gunners sebanyak £3 juta (RM17.7j) dan dia boleh dikekalkan tahun depan dengan harga £27j (RM159.9j).
Raya menjadi sasaran jangka panjang The Gunners yang telah menjual Matt Turner kepada Nottingham Forest selain meminjamkan Alex Runarsson kepada Cardiff dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Pengurus The Bees, Thomas Frank, kelmarin menjangka Raya akan menyertai Arsenal pada musim panas depan sambil menegaskan tempoh pinjaman ke atas seorang penjaga gol yang berkualiti adalah tidak masuk akal.
Walaupun langkah itu dikritik hebat memandangkan Aaron Ramsdale seakan-akan sudah menjamin kedudukannya sebagai taruhan nombor satu di depan gawang, justeru penjaga gol legenda seperti Peter Schmeichel dan Shay Given mencadangkan ia bukanlah satu tindakan yang tidak bagus.
Arteta, bagaimanapun, menolak tanggapan berkenaan apabila berhasrat untuk menjadikan Arsenal sebagai pencabar utama musim ini.
“Ia bukan satu perjudian malah ia merupakan satu keperluan,” katanya apabila ditanya sama ada dia yakin anak buahnya sedia bersaing sengit untuk merebut tempat.
“Tiada cara lain. Perbezaan di antara 'pemain peringkat satu dan peringkat dua' adalah terlalu besar. Bagaimana anda menyelesaikannya? Kami boleh menyenaraikan pemain cemerlang daripada akademi tetapi malangnya hari ini kami tidak mempunyai seseorang yang bersedia untuk membuat langkah itu.
“Kami perlu mewujudkan persekitaran seperti ini. Ia bukan satu pertandingan, ia bertujuan meningkatkan prestasi dan tuntutan yang akan kami hadapi.
“Jika anda melihat skuad lain, mereka mempunyai dua penjaga gol yang sangat bagus, mereka membelanjakan £85j (RM503.5j) demi penjaga gol, apakah maksudnya? Kami mahu melakukannya dengan cara kami sendiri dan saya sangat gembira dengan skuad yang kami bina.
“Kami akan terus membentuk skuad yang lebih baik. Itulah yang diperlukan dalam sukan ini, inilah tuntutan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Liga Juara-Juara (UCL). Ia sangat mudah.”