Arsenal buka kempen dengan mata penuh
Shaiful Shamsudin
Ogos 5, 2022 05:37 MYT
Ogos 5, 2022 05:37 MYT
CRYSTAL PALACE 0 ARSENAL 2
Arsenal memulakan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23 dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, sebentar tadi.
Bintang baru, Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko, saling memberi impak dalam penampilan sulung di bawah kendalian Mikel Arteta, malah Zinchenko mencipta gerakan untuk gol pembuka tirai.
Gabriel Martinelli menanduk masuk dari jarak dekat hantaran silangnya sebelum Arsenal menambah gol menuju lima minit masa kecederaan apabila hantaran lintang Bukayo Saka pula ditepis Marc Guehi ke gawang sendiri.
Palace memiliki peluang untuk menyamakan dalam babak kedua, secara tidak langsung menuntut ketangkasan Aaron Ramsdale, tetapi The Gunners kental memastikan gawang mereka terus ampuh dalam pertemuan musuh setempat London itu.