Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal bina ruang ibadah buat pemain di Stadium Emirates

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

elneny_1.jpg
Arsenal telah membina ruangan beribadah di Stadium Emirates mereka untuk membolehkan pemain menjalani ibadah agama. 

Ruangan untuk beribadah itu untuk telah dirasmi oleh pemain tengah, Mohamed Elneny, "Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang beribadah untuk pemain di Stadium Emirates.

"Ruang untuk berfikir dan beribadah itu akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang. 

"Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua mereka yang menyumbang kepada merealisasikan projek ini," kata pemain antarabangsa Mesir itu di X.
 

Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris ketika berbaki 10 perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video