Arsenal bina momentum untuk bergelar juara -- Mikel Arteta
Ammar Hakim
Februari 12, 2024 08:06 MYT
Februari 12, 2024 08:06 MYT
Mikel Arteta percaya Arsenal mula memperoleh momentum dalam perebutan takhta liga selepas menang 6-0 ke atas West Ham.
The Gunners meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan ke atas Liverpool dan sekali membuktikan mereka akan pasukan pilihan apabila meraih kemenangan terbesar di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Berdasarkan apa yang berlaku dalam perlawanan yang sama musim lalu, menyaksikan mereka melepaskan kelebihan dua gol untuk seri 2-2 namun mereka tidak mengulanginya kali
ini.
William Saliba (minit ke-32), Bukayo Saka (minit ke-41), Gabriel (minit ke-44) dan Leandro Trossard (minit-47) memastikan pasukan pelawat ke bilik persalinan dengan kedudukan 4-0.
Tuan rumah cuba menghadirkan tentangan dalam separuh masa kedua, namun ia tidak merencatkan pergerakan Arsenal yang terlalu unggul melebarkan jaringan sekali lagi menerusi Saka sebelum bekas bintang West Ham United, Declan Rice menambah kebolosan tuan rumah dengan gol minit ke-65.
“Kami mengekalkan dan membina momentum sekarang,” kata pengendali The Gunners, Arteta.
“Prestasi semakin kukuh serta keputusan positif diraih dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami perlu mengekalkannya kerana pasukan lain juga melakukannya. Kami bukan satu-satunya pasukan beraksi cemerlang.”