Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-ramsdale.jpg
Arsenal melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £24 juta (RM138.58 juta) beserta bayaran tambahan.

Ramsdale terpilih mewakili England dalam Euro 2020 selepas Dean Handerson terpaksa menarik diri kerana kecederaan walaupun Jordan Pickford beraksi dalam setiap minit sepanjang kempen The Three Lions.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Sheffield United daripada Bournemouth tahun lalu tetapi dsingkirkan dua kali berturut-turut daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blades menamatkan musim lalu di tangga kedua tercorot.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berpandangan pemain itu mampu memberikan saingan buat penjaga gol utamanya, Bernd Leno, dan mungkin calon pengganti jangka panjang buat pemain kebangsaan Jerman itu.

Arsenal mengesahkan dalam laman web rasmi mereka semalam bahawa penjaga gol itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates dan yuran perpindahannya boleh meningkat sehingga £30 juta (RM173.23 juta) seandainya dapat beraksi cemerlang.

The Gunners, yang tewas kepada pasukan baru, Brentford, dalam perlawanan pertama EPL musim ini, telah menandatangani lima pemain baru, di mana Ramsdale akan menyertai Ben White, Albert Sambi Lokonga, Nuno Tavares dan pemain perancang, Martin Odegaard.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video