Pengurus Liverpool, Arne Slot, mendedahkan dia tidak boleh menerima kadar kerja penyerang, Darwin Nunez, dalam dua perlawanan terakhinya.
Pemain kebangsaan Uruguay itu merupakan pemain gantian kedua ketika pasukan melakar kemenangan ke atas Wolves pada 16 Februari dan ketika seri di Aston Villa pada 19 Februari, apabila dia gagal melunaskan gol dalam situasi terhidang.
Nunez tidak turun dari bangku simpanan ketika The Reds menang 2-0 ke atas Manchester City, di mana ia menyaksikan Liverpool kini berkelebihan 11 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.
Slot mempertahankan Nunez selepas dia gagal menjaringkan gol bertemu Villa namun kecewa dengan kadar kerja pemain itu.
"Saya cuba membantunya dengan mengatakan anda boleh melepaskan peluang," kata Slot dalam sidang akhbarnya sebelum berkunjung ke Newcastle.
"Bagaimanapun, ini merupakan kali kedua berturut-turut saya tidak berpuas hati dengan usahanya, menentang Wolves dan menentang Villa.
"Saya tidak boleh terima jika pemain tidak memberikan segala-galanya. Itu jelas. Saya boleh menerimanya sekali, tetapi dua kali agak terlalu banyak. Itulah sebabnya saya menanganinya.
"Jika anda terlepas peluang, anda perlu berjuang untuk pasukan. Saya tidak mengatakan dia tidak melakukan perkara itu sama sekali, tetapi ia bukan Darwin biasa, yang disayangi oleh peminat. Ini terutamanya kerana dia sentiasa bekerja keras."
Slot berkata Nunez, yang telah menjaringkan enam gol dalam 35 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini, adalah "luar biasa" dalam latihan pada hari Isnin.