Arne Slot berkata dia tidak boleh menerima sikap buruk yang ditunjukkan Darwin Nunez selepas pemain itu terlepas peluang keemasan ketika Liverpool terikat 2-2 dengan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi semalam.
Penyerang Uruguay itu melakukan percubaan yang melepasi palang dalam perlawanan di mana The Reds mendahului melalui jaringan Mohamed Salah dan kemudian terpaksa bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan penyamaan Trent Alexander-Arnold.
Pengurus Liverpool, Slot, berkata dia sentiasa memaafkan pemain yang terlepas peluang tetapi menuntut sikap yang lebih baik daripada Nunez selepas kegagalan pemain itu menjaringkan gol.
Bercakap dalam sidang media menjelang aksi bertemu Manchester City hujung minggu ini, Slot berkata: "Saya boleh terima setiap peluang yang terlepas, terutama daripada pemain yang menjaringkan dua gol penting ke atas Brentford dan menjaringkan gol ketika kami menentang Villa di laman sendiri.
"Saya mahu dia menjaringkan gol tetapi kalau sudah namanya peluang, ia bukan 100 peratus pasti yang bola akan masuk dan pemain memang boleh terlepas peluang.
"Saya boleh menerimanya tetapi sukar untuk saya menerima kelakuannya selepas peluang itu. Saya rasa terlalu banyak perkara dalam fikirannya dan dia menjadi seperti bukan Darwin yang selama ini, yang akan berusaha keras untuk membantu pasukan.
"Saya fikir mungkin dia terlalu kecewa dengan peluang itu, kita tidak akan tahu."