Arne Slot menghamburkan penghargaan terhadap bekas pengurus, Jurgen Klopp, selepas Liverpool mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kedua dalam tempoh lima tahun.
The Reds melakar rekod kejuaraan liga ke-20 untuk menyamai rekod Manchester United -- dengan baki empat perlawanan selepas membelasah Tottenham Hotspur 5-1 ke di Anfield, awal pagi tadi.
Tandukan awal Dominic Solanke pada awalnya membuatkan penyokong tuan rumah tergamam, namun usaha Luis Diaz, Alexis Mac Allister, Cody Gakpo dan Mohamed Salah kesemuanya tepat sasaran disusuli jaringan sendiri Destiny Udogie pada lewat permainan.
Slot menjadi pengurus EPL kelima yang memenangi kejuaraan dalam musim sulungnya selepas Jose Mourinho (Chelsea, 2004-05), Carlo Ancelotti (Chelsea, 2009-10), Manuel Pellegrini (Manchester City, 2013-14) dan Antonio Conte (Chelsea, 2016-17).
Pemain berbangsa Belanda itu turut mengikut jejak Klopp dengan membimbing The Reds meraih gelaran domestik, lima tahun selepas pengendali dari Jerman tersebut mencapai kejayaan serupa.
"Rasanya hebat," kata Slot kepada TV Liverpool.
"Saya rasa saya tidak mahu bercakap banyak. Satu-satunya perkara yang saya mahu lakukan ketika ialah ialah menyampaikan penghargaan terhadap Jurgen Klopp.
"Dengan cara ketibaan kami dengan menaiki bas, semua orang berfikir bahawa tidak mungkin kami akan tewas dalam perlawanan ini.
"Malah, bolos terlebih dahulu menyukarkan tetapi kami sentiasa mencari jalan untuk menang.
"Kejayaan ini sangat membanggakan terutama buat pemain. Semua orang tahu usaha yang telah mereka lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Semua orang di sini berdiri, peminat harus memberi mereka tepukan gemuruh.
"Kita perlu ketepikan bahawa ia adalah gelaran EPL kedua kami dalam tempoh 35 tahun, sebaliknya kejayaan kedua dalam lima tahun."

WE'RE PREMIER LEAGUE CHAMPIONS! ? pic.twitter.com/2IbnXCX4mF
— Liverpool FC (@LFC) April 27, 2025