Skip to main content

Bola Sepak

Arnautovic tambah sengsara barisan bimbingan Mourinho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arnautovic.jpg
WEST HAM 3 MANCHESTER UNITED 1

West Ham garang untuk merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United yang terus meningkatkan tekanan terhadap Jose Mourinho, sebentar tadi. 


Pengurus United itu menurunkan Paul Pogba selepas merehatkannnya dalam aksi kekalahan pertengahan minggu ini di Old Trafford, Felipe Anderson bagaimanapun memberikan West Ham gol pendahuluan pada awal permainan merangkap gol sulungnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Segala-galanya bagaikan tidak menjadi buat United dan bertambah parah apabila percubaan Andriy Yarmolenko terkena Victor Lindelof untuk menggandakan kelebihan skuad kendalian Manuel Pellegrini itu dua minit sebelum masa rehat.

Marko Arnautovic mengukuhkan kedudukan West Ham meskipun Marcus Rashford cuba merapatkan kedudukan buat pelawat yang akan meningkatkan lagi tekanan buat Mourinho susulan merehatkan Alexis Sanchez, Jesse Lingard dan ketua pasukan, Antonio Valencia, dalam skuad utama. 

Percaturan yang kelihatan berhati-hati itu mula menghantui United apabila dibolosi seawal minit kelima -- gol melalui tolakan ke belakang lemah oleh Anderson hadir selepas hantaran menemui Mark Noble kepada Pablo Zabaleta di sebelah kanan.

Namun, kelibat pemain Brazil itu sedikit longgar di bahagian pertahanan apabila membiarkan Arthur Masuaku dalam kedudukan terasing untuk Ashley Young mengasak West Ham dari sebelah kiri, namun tandukan Romelu Lukaku pula melewati palang gol. 

Masuaku bernasib baik kerana tidak dihukum atas kekasarannya terhadap Scott McTominay di dalam kotak penalti dan kekecewaan Mourinho memuncak apabila rembatan Yarmolenko terkena Victor Lindelof lalu meninggalkan David de Gea tanpa peluang untuk aksi menyelamat. 

Selepas rehat, pemain gantian, Rashford, bergandingan dengan Young untuk mencipta gerakan tetapi penyudah Marouane Fellaini pula liar -- memaksa Lukasz Fabianski melakukan tindakan menyelamat getir perlawanan. 

Arnautovic meluncurkan diri ketika cuba menyempurnakan umpanan Anderson sebelum Pogba dikeluarkan.

Rashford kemudian berjaya merapatkan kedudukan menerusi hantaran Luke Shaw tetapi Noble diberi ruang ketika dikepung Chris Smalling dan McTominay di pertahanan United untuk Arnautovic menyempurnakan peluang tersebut ketika permainan bersisa 16 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video