Armstrong lengkapkan kebangkitan Southampton benam Chelsea

Muzaffar Musa
Ogos 30, 2022 07:10 MYT
SOUTHAMPTON 2 CHELSEA 1
Southampton bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Chelsea 2-1 awal pagi tadi, di mana jaringan kemenangan Adam Armstrong pada penghujung babak pertama memastikan kekalahan kedua lawan bimbingan Thomas Tuchel itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Aksi di Stadium St. Mary itu menyaksikan Raheem Sterling membukan jaringan buat pelawat pada minit ke-23 tetapi rembatan kencang dari jarak jauh yang dilakukan Romeo Lavia memastikan Southampton kembali mengikat kedudukan hanya berselang lima minit sebelum Armstrong memastikan kemenangan tuan rumah dalam waktu kecederaan babak pertama.
Dengan Reece James terpaksa direhatkan berikutan masalah kesihatan, Chelsea kelihatan bergelut untuk kembali mempamerkan prestasi terbaik dan Kai Havertz pula terlepas peluang keemasan untuk mereka menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua.
Keputusan itu bermakna Southampton kendalian Ralph Hasenhuttl kini memintas Chelsea di tangga ketujuh liga biarpun dengan jumlah pungutan mata dan perbezaan jaringan yang sama sambil The Blues terus bergelut dengan permulaan tidak meyakinkan musim ini.
Chelsea seterusnya akan menantikan kunjungan West Ham dalam aksi "Derby London" hujung minggu ini manakala Southampton pula akan bertandang ke laman Wolves pada hari yang sama.

4 - Romeo Lavia (18y 236d) is the fourth youngest player to score a Premier League goal for Southampton after Michael Obafemi (18y 169d), Dexter Blackstock (18y 177d) and Sam Gallagher (18y 181d). Saintly.

— OptaJoe (@OptaJoe) August 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Thomas Tuchel #Southampton #Liga Perdana Inggeris
;