CHELSEA 3 WOLVES 0
Armando Broja, 21, bagaikan tidak percaya dengan jaringan pertamanya bersama Chelsea dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Wolves, malam tadi.
The Blues selesa mendahului 2-0 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge itu menerusi ledakan Kai Havertz dan Christian Pulisic.
Broja -- pemain kelahiran England yang mewakili Albania -- kemudian tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan Graham Potter apabila masuk sebagai pemain gantian dengan melepaskan rembatan kencang melewati Jose Sa.
"Ia menjadi satu penantian apabila mereka menyemak ofsaid yang mungkin berlaku," katanya kepada BBC Sport.
“Saya berdoa tetapi saya fikir saya telah mengatur masa larian saya dengan baik.
“Terima kasih kepada peminat atas sokongan.
"Ia bagaikan mimpi, saya memang menantikan untuk gol sulung ini. Ia adalah detik yang nyata. Saya tidak dapat menggambarkannya dengan kata-kata.
"Semua orang tahu di salah satu kelab terbesar di dunia pasti akan ada persaingan. Ia membantu kami berkembang sebagai pemain.
"Kami mempunyai skuad yang besar, semua orang diperlukan pada setiap masa."