Skip to main content

Bola Sepak

Armando Broja cedera lutut serius dalam aksi persahabatan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

broja.jpg
Penyerang Chelsea, Armando Broja, perlu diusung keluar berikutan kecederaan lutut yang tampak serius dalam perlawanan persahabatan menentang Aston Villa di Abu Dhabi, awal pagi tadi. 

Broja makin menonjol di Chelsea sejak kembali daripada pinjaman sepanjang musim di Southampton menerusi 18 penampilan musim ini selain menyumbat gol pertama bersama The Blues dalam kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Wolves, Oktober lalu.

Pemain antarabangsa Albania itu terpilih untuk menguji Villa dalam usaha Graham Potter memperbaiki kepincangan kelab London berkenaan sebelum kempen domestik bersambung hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Broja yang diusung keluar memegang lutut kirinya sambil mengerang kesakitan selepas terjatuh akibat perlanggaran dengan Ezri Konsa. 

 

Barisan muda Chelsea itu tewas 0-1 ketika bertemu anak buah Unai Emery tersebut yang menyaksikan John McGinn menyumbangkan gol tunggal perlawanan selepas tujuh minit permainan. 

Chelsea akan meneruskan kempen EPL menentang Bournemouth pada 28 Disember ini di Stamford Bridge untuk cuba mendaki anak tangga dari kedudukan kelapan.

Advertisement

Must Watch Video