Kelincahan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman buatkan salah seorang bek Levante menjadi mangsa hingga jatuh di atas padang.
JDT ketika ini berada di Sepanyol bagi mengharungi aksi pra-musim dengan kelab LaLiga, Levante UD menjadi salah satu lawan pasukan Harimau Selatan selama 22 hari di negara itu.
Aksi JDT vs Levante pada awal pagi Ahad menyaksikan Xisco Munoz menampilkan barisan terbaik yang dimiliki melibatkan nama-nama seperti Eddy Israfilov, Oscar Arribas dan Andoni Zubiaurre.
Lebih mencuri perhatian peminat pastinya kelibat Arif Aiman yang diberikan tugasan besar untuk memimpin kesebelasan utama JDT dalam aksi menentang juara Segunda Division ini.
Seawal minit pertama, Arif Aiman sudah mempamerkan aksi lincah sehingga membuatkan salah seorang pemain Levante jatuh tergolek ketika cuba menghalang larian pemain berusia 23 tahun ini.
Pemain lawan itu berjaya bangkit kembali, namun Arif Aiman tetap berjaya melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti sebelum akhirnya dikeluarkan oleh pertahanan Levante bagi meredakan situasi.
Perlawanan berlangsung cukup pantas serta menarik dengan siri berbalas serangan, akan tetapi kedua-dua kelab terpaksa akur terikat seri tanpa jaringan di Pusat Latihan Levante itu.
Selepas ini, JDT dijadualkan menentang satu lagi kelab dari Sepanyol, Valencia Mestalla pada 14 Julai hadapan di Estadi Olimpic Camilo Cano bagi aksi ke-5 pra-musim di negara itu.-MB

JDT 0-0 Levante UD
— PALATAO BOLA (@Palatao_Bola) July 12, 2025
Highlight utama ialah bek kiri Levante terkejut dengan skill Arif Aiman. pic.twitter.com/9cZEgeL195