Ketua jurulatih Argentina, Edgardo Bauza, mengetepikan Mauro Icardi menjelang aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Chile dan Bolivia.
Bauza sebelum ini bertandang ke Itali untuk mengadakan perbincangan dengan penyerang Inter itu, sekaligus memberi bayangan pemain itu akan beraksi bulan ini.
Malangnya, selepas membuat penampilan sulung bersama Argentina pada Oktober 2013, dia tidak lagi disenaraikan sehingga kini.
Sementara itu, Ezequiel Lavezzi masih kekal dalam perancangan Bauza meskipun pemain itu beraksi hambar dalam Liga Super China bersama Hebei China Fortune.
Pemain penyerang itu masih gagal memecah kebuntuan di China sejak berhijrah dariParis Saint-Germain (PSG) pada Februari 2016.
Tiada kejutan besar dalam senarai pemain, dengan pemain bintang seperti Lionel Messi, Sergio Aguero, Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala turut tersenarai.
Berikut senarai penuh pemain:
Penjaga gol
Mariano Andujar (Estudiantes), Nahuel Guzman (Tigres) Sergio Romero (Manchester United)
Pertahanan
Gabriel Mercado (Sevilla), Pablo Zabaleta (Manchester City), Julio Buffarini (Sao Paulo), Facundo Roncaglia (Celta de Vigo), Emmanuel Mas (Trabzonspor), Marcos Rojo (Manchester United), Nicolas Otamendi (Manchester City), Mateo Musacchio (Villarreal) Ramiro Funes Mori (Everton)
Tengah
Javier Mascherano (Barcelona), Lucas Biglia (Lazio), Guido Pizarro (Tigres), Ever Banega (Inter), Enzo Pérez (Valencia), Angel Di Maria (Paris Saint Germain), Angel Correa (Atletico de Madrid), Marcos Acuna (Racing)
Penyerang
Ezequiel Lavezzi (Hebei Fortune), Lionel Messi (Barcelona), Paulo Dybala (Juventus) Sergio Aguero (Manchester City), Gonzalo Higuain (Juventus), Lucas Pratto (Sao Paulo)
Bola Sepak
Argentina pilih Lavezzi berbanding Icardi
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena