Api perjuangan Tottenham masih bernyala -- Ryan Mason

Shaiful Shamsudin
April 28, 2023 08:16 MYT
TOTTENHAM 2 MAN UTD 2
Ryan Mason mempunyai barisan pemain yang sanggup berjuang untuk menempatkan Tottenham di peringkat atasan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengikat Manchester United 2-2, awal pagi tadi.
Jaringan Pedro Porro dan Son Heung-min membantu pengurus sementara itu menyekat rentetan kekalahan kelab berkenaan dalam perlawanan sulungnya sejak menggantikan Cristian Stellini.
Mason bukanlah orang asing di kerusi panas Spurs itu apabila pernah memegang peranan serupa ketika pemergian Jose Mourinho dua tahun lalu yang menyaksikannya mengemudi pasukan dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
Tetapi selepas tumpas 1-6 kepada Newcastle United pada kali terakhir, Mason gembira dengan tindak balas anak buahnya yang cuba menonjolkan kemahuan mereka.
"Dalam bola sepak, anda boleh menang, kalah atau seri tetapi yang paling penting ialah kami bertindak balas bersama-sama," katanya kepada BT Sport.

Something to build on ? pic.twitter.com/I4Eid9l8D7

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya mempunyai sebuah pasukan yang sanggup berjuang.
"Saya fikir dalam separuh masa kedua, kami cemerlang dengan karakter yang kami ditunjukkan selepas aksi hujung minggu lalu. Saya harap peminat dapat melihat bahawa hari inikami adalah sebuah unit.
"Pemain-pemain di sana, saya tahu saya mempunyai tonggak yang apabila mereka bersatu, mereka adalah barisan yang sangat ampuh.
"Itulah tugas saya, untuk meniupkan inspirasi kepada mereka dan memastikan kami bertindak sebagai satu pasukan."
#Tottenham #EPL
;