Skip to main content

Bola Sepak

Apek mahu sekat pesta JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-fahmi.jpg
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, bertekad membantu pasukannya menyekat pesta kejuaraan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas The Red Warriors diberi nafas baru menerusi kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

JDT akan meraikan kejayaan memenangi Liga Super 2017 di Stadium Larkin malam ini dan sudah pasti kemenangan menjadi buruan skuad Harimau Selatan bagi melengkapkan detik manis menjulang gelaran itu buat kali keempat berturut-turut.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi menegaskan tiada laluan mudah buat tuan rumah untuk berpesta kerana mereka juga mendambakan kemenangan untuk mengelak berada di zon penyingkiran liga.

“Kini kami bergelut untuk kekal dalam Liga Super, jadi kemenangan amat penting buat Kelantan.

“Saya sedar ia bukan tugas mudah tetapi sekurang-kurangnya satu mata perlu direbut,” katanya.

Dalam masa sama, penjaga gol kebangsaan itu mengakui kehadiran Bibi Ramjani sebagai presiden baru KAFA dan pembentukan semula barisan kepimpinan persatuan menjadi motivasi terbaik buat skuad Kelantan menghadapi ujian getir bertemu JDT.

“Alhamdulillah, kami disuntik semangat baru dengan kehadiran presiden baru tetapi apa yang paling penting, kami harus mendapatkan mata di laman JDT,” tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video