Skip to main content

Bola Sepak

Apabila gembira saya bermain baik, kata Bale selepas jaring hatrik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gareth-bale.jpg
Gareth Bale berkata kunci utama peningkatannya adalah dengan diturunkan beraksi dengan lebih banyak sejak Ryan Manson menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus Tottenham.

Pemain kebangsaan Wales itu menjaringkan hatrik keduanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yang pertama sejak Disember 2012 ketika Tottenham menewaskan Sheffield United 4-0 awal pagi tadi.

Dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua ketika tewas kepada Manchester City dalam final Piala EFL minggu lalu tetapi penyerang itu telah memulakan kedua-dua perlawanan liga di bawah kendalian Mason -- sebagai kesebelasan utama -- dan menjaringkan empat gol sepanjang tempoh itu.

Sebagai perbandingan, dia juga menjaringkan lima gol sepanjang 14 penampilan liga di bawah kendalian Mourinho tetapi hanya enam daripadanya sebagai kesebelasan utama.

Dan Bale, yang akan kembali ke pangkuan kelab asalnya, Real Madrid, pada penghujung musim ini bagi melengkapkan tahun terakhir dalam kontraknya, gembira apabila kini dapat kembali menikmati permainan terbaiknya.
 
"Anda perlu mengambil peluang anda apabila ia tiba, jadi saya berasa amat baik," katanya kepada Sky Sports.

"Saya hanya perlu bermain dalam perlawanan dan berterusan selama beberapa perlawanan dan itulah yang saya lakukan sekarang. Saya gembira dan apabila saya gembira, saya bermain baik.

"Kemenangan sentiasa membuatkan semua orang gembira dan memberikan mentaliti kemenangan dalam bilik persalinan. Ia tidak dapat berlaku selama satu malam tetapi saya rasa kami sedang melalui haluan yang tepat.

"Ia kelihatan sudah sekian lama sejak hatrik terakhir saya, jadi amat baik untuk mendapatkannya tetapi apa yang lebih penting adalah tiga mata," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video