Saban tahun, isu tunggakan gaji sering menjadi topik utama dalam Liga Bolasepak Malaysia.
Dilihat sebagai barah, masalah ini ibarat tiada 'vaksin' sehingga beberapa pasukan terpaksa gulung tikar.
Namun, kemampuan Penang menjadi antara kelab yang berjaya menguruskan pasukan tanpa kemelut kewangan menjadi persoalan.
Kenapa dan bagaimana? Demi mencari kebenaran di sebalik kejayaan itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menemu bual Pengurus Besar Penang, Jeffrey Chew.
"Yang penting adalah sistem, seperti sistem perakaunan dan sebagainya tetapi yang lebih penting ialah hubungan kami dengan Lembaga Pengarah.
"Kerana ia perlu melibatkan hubungan dua hala, di mana mereka mengambil kira dan amat berazam untuk membantu pasukan berada di kedudukan yang amat selesa.
"Ada satu ketika Lembaga Pengarah amat risau mengenai bagaimana kami akan menguruskan dana kerana kami menerima geran daripada Kerajaan Negeri. Jadi, kami mengikut sistem yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri seperti audit dalaman dan audit luaran kerana memandangkan kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kami perlu menyediakan audit akaun setiap beberapa bulan.
"Jadi, ia bukanlah rahsia tetapi ia satu keperluan, kami ikut sahaja sehingga ke hari ini.
"Tiada kedukaan cuma bajet masih sama tetapi keperluan pasukan meningkat setiap tahun, jadi itulah cabarannya," katanya.