Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, mencetuskan tanda tanya ramai apabila mengirimkan satu hantaran berkias di akaun Instagram miliknya.

"Belajar untuk senyap. Bukan semua orang dalam pasukan anda, mereka hanya mahu tahu perancangan anda."

Sebelum ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu dilaporkan sedang hangat dikaitkan sebagai calon pengarah teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Bagaimanapun, Kim Swee ketika ditemu bual Nadi Arena semalam berkata masih belum ada sebarang perbincangan rasmi melibatkan perkara itu.


A post shared by Ong Kim Swee (@oks_rhinos)