Skip to main content

Bola Sepak

Apa khabar KDA FC?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-darul-aman-fc.jpg
Gergasi utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), hingga kini masih belum ada khabar berita rasmi mengenai status skuad menjelang musim baru Liga Malaysia 2024/2025.

Situasi ini menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penyokong Hijau Kuning yang terus menanti perkembangan pasukan kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain itu.

Peminat Sang Kenari kini hanya mendapatkan info perpindahan pemain menerusi ‘khabar angin’ yang sedang bertebaran di media sosial tidak rasmi.




Untuk rekod, antara pemain musim lalu yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab berpengkalan di Stadium Darul Aman itu ialah tonggak pertahanan import, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev dan terbaru, pemain tengah antarabangsa Bahrain, Moses Atede yang kembali sertai saingan Liga Perdana Bahrain.

Diharapkan pihak pengurusan KDA FC akan menamatkan penantian penyokong setia mereka dengan pengumuman keluar masuk pemain dalam tempoh masa terdekat.

Advertisement

Must Watch Video