Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mahu menikmati Anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan lalu.
Ia kali pertama pengendali kelahiran Portugal itu memenangi anugerah tersebut sejak pelantikannya pada November 2024 setelah barisan mecipta tiga kemenangan berturut-turut bulan lalu, sekali gus meredakan tekanan ke atas dirinya sendiri berikutan permulaan musim yang hambar.
United memulakan saingan bulan lalu dengan kemenangan menentang Sunderland sebelum mencetak tiga mata di Liverpool -- kemenangan Anfield pertama sejak Januari 2016 -- dan kemudian menewaskan Brighton 4-2.
"Pujian itu bukan milik saya, pujian itu adalah untuk pemain saya," katanya yang pasukannya disingkirkan daripada Piala Liga Inggeris oleh kelab divisyen kedua, Grimsby Town, pada Ogos lalu.
"Mereka beraksi dengan sangat baik dan matlamat kami adalah untuk memenangi anugerah seterusnya, kerana ia memberi makna kami memenangi perlawanan."
Ini adalah kali pertama pengurus kelab Old Trafford itu memenangi anugerah tersebut sejak era Erik ten Hag pada November 2023.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat