Skip to main content

Bola Sepak

Anugerah Laureus satu pengiktirafan istimewa buat Lionel Messi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi.jpeg
Lionel Messi menyifatkan trofi Anugerah Laureus sebagai satu penghormatan istimewa selepas dia dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia di Paris.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu muncul pemenang bersama anugerah itu di samping Lewis Hamilton pada 2020, tetapi kali ini dia mengunggulinya selepas membawa Argentina mengecapi kegemilangan Piala Dunia tahun lalu.

Messi memenangi Piala Dunia di Qatar buat julung kalinya dalam kerjayanya dan pemilik Bola Emas temasya itu turut menggondol hadiah Laureus untuk Pasukan Terbaik bagi pihak skuad Argentina.

 

Pemain berusia 35 tahun itu berkata: “Ini adalah satu penghormatan istimewa terutama disebabkan Anugerah Sukan Dunia Laureus diadakan di Paris tahun ini, bandar yang telah mengalu-alukan keluarga saya sejak kami datang ke mari pada 2021.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, bukan sahaja daripada pasukan kebangsaan tetapi juga di PSG -- saya tidak mampu mencapai semua ini dengan bersendirian dan saya bersyukur kerana dapat berkongsi segala-galanya dengan mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Akademi Laureus -- apa yang menjadikan Anugerah ini begitu istimewa kepada kami sebagai atlet ialah hakikat bahawa ia diundi oleh juara yang luar biasa ini, wira saya dan ini meletakkan pencapaian saya mengenai sukan dalam konteks sebenar. 

“Ini adalah kali pertama saya menjadi pemenang tunggal Anugerah Ahli Sukan Terbaik Laureus dan selepas setahun, apabila kami akhirnya memenangi satu lagi hadiah yang kami buru sejak sekian lama, dalam Piala Dunia FIFA di Qatar, ia adalah satu penghormatan. untuk dapat menggengam Patung Laureus ini.”

Pelari pecut Jamaica Shelly-Ann Fraser-Pryce merangkul Olahragawati Terbaik Dunia selepas memenangi pingat emas 100m buat kali kelima dalam Kejohanan Dunia pada 2022.

Pemain tengah Manchester United dan Denmark, Christian Eriksen, memenangi Kemunculan Semula Terbaik berikutan kembali ke kancah bola sepak selepas rebah di atas padang ketika Euro 2020, manakala pemain tenis nombor dua dunia, Carlos Alcaraz, dianugerahkan World Breakthrough of the Year.

Pemenang anugerah telah diundi oleh pengamal sukan yang terdiri daripada ahli Akademi Laureus.

Advertisement

Must Watch Video