Manchester United mengesahkan telah menandatangani pemain kebangsaan Brazil, Antony dari Ajax, dengan kelab Liga Perdana Inggeris (English Premier League) itu dilaporkan membayar yuran perpindahan sebanyak EURO95 juta untuk pemain sayap itu.
Bintang Selecao itu merupakan sasaran jangka masa panjang Erik ten Hag berikutan penghijrahannya dari Eredivisie ke Old Trafford, dan pemain berusia 22 tahun itu bakal mengikut jejak langkah pengendali Belanda itu dengan kontrak selama lima tahun.
Ajax telah beberapa kali menolak tawaran dari United sebelum menjadi pemain yang kelima dibawa masuk dalam jendela perpindahan kali ini.
"Ia merupakan saat yang menakjubkan dalam karier apabila menyertai kelab yang paling ikonik di dunia," kata Antony kepada laman web rasmi United.
"Saya berterima kasih kepada semua yang mempercayai kemampuan saya, terutama sekali kepada keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan, kerana tanpa mereka saya tidak mungkin capai ke tahap ini.
"Bermain di bawah Erik ten Hag di Ajax adalah sempurna untuk saya dan perkembangan saya. Gaya bola sepaknya menunjukkan yang terbaik dalam diri saya, dan saya teruja dengan apa yang dia beritahu saya tentang rancangan dan cita-citanya di Manchester."
Antony telah menghasilkan 31 gol dan 27 bantuan jaringan dalam 134 penampilan bersama Ajax dan Sao Paulo.
Dia menyertai bekas rakan sepasukan, Lisandro Martinez, dan rakan senegara, mate Casemiro antara muka baru di Old Trafford, dengan Christian Eriksen dan Tyrell Malacia turut ditandatangani di bawah kendalian Ten Hag.

? Calling: @Antony00 ??
— Manchester United (@ManUtd) September 1, 2022
Welcome to United ❤️ #MUFC