Pengendali Manchester United, Erik ten Hag mahukan prestasi yang lebih baik daripada Antony selepas dia menjawab pengkritiknya dalam kemenangan 2-0 ke atas Nottingham Forest.
Bekas pemain sayap Ajax itu telah mendapat perhatian sejak perpindahan musim panas bernilai GBP82 juta dari kelab Belanda itu dan Ten Hag terpaksa mempertahankannya sebelum pertembungan di City Ground.
Dan dia segera menghadiahkan kepercayaan itu dengan persembahan yang mengagumkan, menjaringkan satu dan membuat satu lagi ketika United mengukuhkan cengkaman mereka di empat teratas.
Tetapi Ten Hag tidak berpuas hati dan mahukan lebih konsisten daripada pemain antarabangsa Brazil itu.
“Saya mempertahankan Antony. Dia tahu, saya juga tahu, apabila anda seorang penyerang, anda memerlukan jaringan atau bantuan jaringan,” kata Ten Hag.
“Tetapi dia sudah mula menghadirkan aksi cemerlang buat pasukan, dia menjaringkan gol dalam semua pertandingan sekarang, lapan gol, tahun pertama di United dan masih ada perlawanan lagi.
“Tetapi dia perlu melakukannya. Saya tidak boleh katakan dalam setiap perlawanan, tetapi dalam kebanyakan perlawanan jika anda mahu menjadi pemain kelas elit dan terutamanya dalam semua pertandingan.
“Dalam Liga Perdana Inggeris, terdapat banyak pemain pertahanan yang berkualiti dan anda perlu beraksi pada tahap yang sangat tinggi.
“Anda perlu membaca permainan, mengambil keputusan yang betul. Hanya terdapat tempoh masa yang singkat di mana anda perlu mengambil keputusan itu.
“Hari ini adalah contoh di mana, dengan kedua-dua gol, dia membuat keputusan yang tepat.”
Antony membuka jaringan pada minit ke-32 kemudian mencipta bantuan gol buat Diogo Dalot.

? @Antony00 enjoyed that! #MUFC || #NFOMUN pic.twitter.com/zZYpV2zf2I
— Manchester United (@ManUtd) April 16, 2023

? Thumbs up from the boss! ?#MUFC || #NFOMUN pic.twitter.com/UVzL5JKwjk