Antony perlu berjuang untuk beraksi -- Ten Hag

Ammar Hakim
September 17, 2024 09:02 MYT
Erik ten Hag berkata Antony mampu 'kembali bangkit' daripada kemelut dihadapi penyerang itu untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Manchester United.
Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun itu, yang ditandatangani dari Ajax pada 2022, hanya tampil sekali untuk United setakat musim ini, sebagai pemain gantian lewat dalam kekalahan 2-1 Liga Perdana Inggeris di Brighton bulan lalu.
Masih belum dapat dilihat penglibatannya dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Carabao awal pagi esok menenang pasukan Liga Satu, Barnsley di Old Trafford, pengendali United, Ten Hag berkata mengenai Antony menjelang perlawanan, “Dia berjuang, berjuang untuk mendapatkan tempat.
“Itulah yang kami harapkan daripada setiap pemain yang berada dalam skuad di Manchester United, apa yang patut mereka lakukan.
“Itu adalah bola sepak profesional, itulah bola sepak terbaik -- anda memilih pasukan yang anda fikir anda mempunyai peluang paling banyak untuk memenangi perlawanan, jadi pemain perlu berjuang untuk kedudukan mereka, dan anda memilih XI yang mempunyai dinamik terbaik dan persefahaman yang terbaik.
“Kini dia perlu bangkit dan dia mempunyai kebolehan untuk melakukannya. Jadi jika dia melakukan perkara yang betul, dia boleh bersaing dengan mereka.”
Ditanya sama ada mengenai peluang Antony masih jauh untuk kembali beraksi, Ten Hag berkata, “Tidak. Saya fikir pemain lain melakukannya dengan baik, mereka menyumbang. Kami mempunyai Amad (Diallo), Garna (Alejandro Garnacho) -- sangat berkesan. (Marcus) Rashford menjaringkan gol pada hujung minggu.
“Jadi dia perlu membuktikan kemampuannya dalam setiap sesi latihan namun pemain lain melakukan tugas dengan baik, jadi dia perlu mengatasi mereka.”
Ten Hag menambah: “Sudah tentu dia beraksi. Dia mahu bermain dan dia berjuang untuk mendapatkan tempat.”

Back home ??#MUFC || #CarabaoCup pic.twitter.com/gW4kTQnPjH

— Manchester United (@ManUtd) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #EPL #Piala EFL #Antony