BOLA SEPAK
Ansu Fati mahu terus belajar dengan Messi
Bintang muda sensasi Barcelona, Ansu Fati, berkata dia sedang belajar daripada kapten, Lionel Messi, selepas mencipta lagi rekod dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Ia merupakan aksi pecah rekod ketika gergasi LaLiga, Barca, membuka aksi Kumpulan G dengan kemenangan 5-1 ke atas Ferencvaros di Nou Camp.
Iklan
Messi menjadi pemain pertama untuk menjaringkan gol 16 kali berturut-turut dalam saingan UCL selepas sepakan penalti yang disempurnakan pada minit ke-27.
Fati meledak gol kedua perlawanan untuk menjadi pemain pertama untuk menjaringkan dua gol UCL sebelum menyambut hari jadi yang ke-18.
"Messi masih lagi Messi," kata Fati kepada Movistar. "Dia boleh menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan.
"Kami sangat gembira kerana masih dapat bergandingan bersamanya dan saya terus belajar daripadanya."
"Kami bermula dengan kemenangan bergaya, kami perlu meneruskannya," kata Fati. "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, mereka memudahkan saya untuk beraksi dan meledak gol."Leo #Messi is the first player in @ChampionsLeague history to score in 16 consecutive seasons! #UCL? 05/06? 06/07? 07/08? 08/09? 09/10? 10/11? 11/12? 12/13? 13/14? 14/15? 15/16? 16/17? 17/18? 18/19? 19/20? 20/21 pic.twitter.com/CNueYYTNPX— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 20, 2020
Philippe Coutinho, Pedri dan Ousmane Dembele turut menemui sasaran untuk Barca, sementara Gerard Pique diarah keluar padang padang minit ke-68.
Barca akan beralih tumpuan untuk bertemu pencabar dan juara bertahan LaLiga, Real Madrid.
Must-Watch Video