Skip to main content

Bola Sepak

Annuar: Alfredo Carlos Gonzales kini Pengarah Teknikal TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan.jpg
Permintaan ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Zahasmi Ismail, supaya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapatkan seorang jurulatih antarabangsa bagi membantunya mengendalikan skuad Kelantan tercapai apabila Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar  Musa, mengumumkan pelantikan Alfredo Carlos Gonzales sebagai Pengarah Teknikal TRW yang baharu dalam sidang media khas di Kota Bharu, petang semalam.

Pelantikan warga Uruguay, Gonzales, 49, yang berkuatkuasa hari ini diharap dapat membantu Zahasmi membuat persiapan terbaik  mengharungi pusingan kedua Liga Super, saingan Piala Malaysia dan persiapan awal bagi pembentukan pasukan yang kuat musim depan.

“Apabila ketua jurulatih (Zahasmi) sendiri mengakui adanya kekurangan dalam skuad Kelantan dan meminta seorang rakan sejawat baharu yang boleh membantunya, saya fikir tidak boleh mendiamkan diri begitu sahaja. Saya membuat kajian aspek mana yang perlu dibaiki demi kejayaan bola sepak Kelantan.

“Kali ini, saya memandang kepada negara Uruguay yang hanya mempunyai penduduk seramai tiga  juta sahaja tetapi berada di ranking ke-15 dalam dunia.

"Oleh sebab itu, saya menjemput Alfredo Carlos Gonzales, bekas penyerang kelab di Uruguay yang berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan  melapor diri sebagai pengarah teknikal dan bergandingan dengan Zahasmi,” katanya.

Annuar, yang juga penasihat The Red Warriors (TRW) musim ini, menjelaskan tidak timbul isu tamat, singkir atau buang dalam pasukan Kelantan, sebaliknya satu kaedah terbaharu untuk memperkasakan pasukan Kelantan.

“Ini adalah kaedah ‘menang-menang’ yang kita buat atas kehendak jurulatih sendiri dan sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pasukan untuk bersaing dalam Liga Super untuk pusingan kedua nanti,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar juga mengumumkan kehadiran pemain import percubaan dari Gambia, Sanna Nyassi, untuk cuba mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Alessandro Celin akibat kecederaan.

“Terpulang kepada penilaian ketua jurulatih (Zahasmi) untuk memilih pemain ini berdasarkan prestasi yang bakal ditunjukkan. Nyassi akan menjalani proses biasa yang diperlukan, termasuk pemeriksaan kesihatan, kecergasan dan segala-galanya.

“Selepas perlawanan dengan Pahang, kita harap dapat mendaftarkan Nyassi semasa jendela perpindahan Liga Malaysia yang akan dibuka pada 15 Mei depan. Dia akan bermain dalam beberapa perlawanan persahabatan yang diatur,” katanya.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video