Anggota keselamatan Brazil tembak pemain ketika leraikan kekecohan pasukan
Julai 11, 2024 17:21 MYT
Gremio Anapolis menyatakan kekesalannya terhadap keganasan seorang anggota keselamatan daripada Specialised Policing Company (CPE) yang menembak penjaga golnya dalam sebuah perlawanan peringkat negeri Brazil.
Ramon Souza terkena peluru getah ketika timbul kekecohan melibatkan Centro Oeste selepas kekalahan 1-2 di tempat sendiri, Stadium Jonas Duarte, pagi tadi itu.
Gremio berikrar untuk mengambil langkah yang sewajarnya supaya individu yang bertanggungjawab dihukum dan keadilan ditegakkan agar perbuatan jenayah ini tidak terlepas daripada hukuman.
??| GOLEIRO DO GREMIO ANÁPOLIS ACABA DE TOMAR UM TIRO DA POLICIA AO FINAL DA PARTIDA ? @rbgoiania pic.twitter.com/rIDZVlg7f1
— Brasileirão da Opressão (@brasileiraoopre) July 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Souza kemudian sempat dirawat oleh doktor pasukan, Dr Diego Bento, sebelum diberikan pertolongan cemas di dalam ambulans.