Son Heung-min boleh menganggap dirinya tidak bernasib baik apabila bintang Tottenham itu tidak tersenarai dalam perebutan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak (PFA).
Penyerang Spurs itu menjaringkan 23 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021-22 untuk berkongsi Anugerah Kasut Emas dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah.
Salah, dalam pada itu, tercalon dalam senarai pendek enam pemain, temasuk dua rakan sepasukannya, Sadio Mane dan Virgil van Dijk.
Rakan penyerang Son, Harry Kane, bagaimanapun, berada dalam senarai berkenaan manakala Kevin de Bruyne pula menjadi wakil tunggal pasukan juara, Manchester City.
Rakan sepasukan De Bruyne, Bernardo Silva dan Rodri, turut tidak bernasib baik apabila gagal berada dalam senarai berkenaan meskipun melalui kempen terbaik mereka sepanjang musim.
Cristiano Ronaldo mungkin tidak dapat membawa Manchester United layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan sekembalinya dia ke kelab itu tetapi 18 gol yang dijaringkannya membolehkannya berada dalam senarai akhir berkenaan.

⚽️ The nominees for the 2022 Men’s PFA Players’ Player of the Year!@DeBruyneKev @HKane
— Professional Footballers' Association (@PFA) June 1, 2022
Sadio Mané@Cristiano @MoSalah @VirgilvDijk
? Who gets your vote?#PFAawards #POTY@ManCity @SpursOfficial @LFC @ManUtd pic.twitter.com/AHJLDfhmZf
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM