Skip to main content

Bola Sepak

Anfield "stadium paling teruk" -- Robben

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arjenrobben.jpg
Pemain veteran Bayern Munich, Arjen Robben, berkata Anfield adalah "stadium paling teruk" menjelang aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool.

Juara Bundesliga, Bayern, bakal berdepan naib juara UCL musim lalu dan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, untuk aksi pertama awal pagi Rabu ini.

Robben –- yang bakal meninggalkan Bayern penghujung musim ini -- memiliki beberapa kenangan kurang indah beraksi di Anfield sewaktu menyarung jersi Chelsea.

Chelsea ditewaskan 1-0 secara agregat dalam separuh akhir oleh Liverpool yang menjuarai UCL musim 2004-05 manakala Robben dan rakan sepasukan sekali lagi tewas menerusi penentuan sepakan penalti dalam edisi 2006-07.

"Saya berpendapat jika anda bertanyakan mengenai stadium paling teruk buat saya, ia adalah Liverpool," kata Robben. "Anda sentiasa mempunyai lawan kegemaran dan terdapat lawan yang mampu memberikan kesan negatif."

Bercakap mengenai kekalahan dalam separuh akhir kepada Liverpool di pentas Eropah, Robben berkata, "Liverpool memiliki kualiti yang tersendiri beraksi dalam pertandingan seperti UCL, Piala FA dan Piala Liga.

"Mereka mampu menghasilkan persembahan terbaik dalam perlawanan kalah mati. 

"Liverpool kini semakin mantap di bawah kendalian Jurgen Klopp. Mereka melangkah ke final musim lalu dan kini menghuni tangga teratas EPL."

Advertisement

Must Watch Video