EPL
Andy Robertson kongsi nama panggilan manis Diogo Jota dalam penghormatan penuh emosi
Rakan sepasukan Diogo Jota, Andy Robertson, di Liverpool telah mengeluarkan penghormatan yang menyentuh hati selepas bintang Portugal berusia 28 tahun itu terbunuh dalam kemalangan ngeri.
Penghormatan telah mencurah-curah sepanjang hari untuk Jota, 28, yang maut dalam kemalangan kereta di Sepanyol apabila tayar Lamborghini miliknya meletup.
Andy Robertson menyiarkan di Instagram, "Yang paling saya fikirkan sekarang ialah keluarga. Kehilangan mereka terlalu berat untuk ditanggung. Saya sangat kesal kerana mereka telah kehilangan dua orang individy yang begitu berharga -- Diogo dan Andre.
Iklan
"Untuk pasukan dan kelab, kami akan cuba menangani perkara ini bersama-sama, walau berapa lama pun ia mengambil masa. Bagi saya, saya mahu bercakap tentang rakan sepasukan saya. Kawan saya. Lelaki yang saya sayangi dan akan dirindui. Saya boleh bercakap tentang dia sebagai pemain selama berjam-jam, tetapi tidak ada yang terasa penting sekarang."
Robertson menambah ,"Dia seorang lelaki yang baik. Yang terbaik. Sangat tulen. Penuh kasih sayang untuk orang yang dia sayangi. Penuh keseronokan. Dia adalah pemain asing paling British yang pernah saya temui. Kami pernah bergurau dia benar-benar seperti dari Ireland... Saya akan cuba menyatakan dia sebagai warga Scotland, jelas sekali. Saya juga memanggilnya Diogo MacJota."
Must-Watch Video