Skip to main content

Bola Sepak

Andre Silva sanjung Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo-cropped_1d537ve7ltgvi15gnerwq3x1bv.jpg
Andre Silva berkata kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, seharusnya dipuji kerana berjaya menutup mulut pengkritik sepanjang kariernya, selepas pemain itu digantung lima perlawanan ekoran menolak pengadil.

Pemain berusia 32 tahun itu dikenakan hukuman tersebut setelah menolak pengadil, Ricardo de Burgos dibelakangnya selepas dia dibuang padang dalam aksi pertama Supercopa de Espana.

Rayuan Ronaldo terhadap hukuman tersebut telah ditolak dan ini bermakna dia tidak dapat beraksi bersama Real Madrid sehingga aksi berdepan Real Betis pada 20 September ini.

Dia telah disenaraikan dalam skuad Portugal bagi aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Faroe Island dan Hungary dan rakan sepasukan, Silva, menjangkakan pemain itu untuk menutup mulut pengkritik sekali lagi.

"Dia berjaya menututp mulut ramai individu yang mengecamnya," kata penyerang AC Milan itu ketika sesi sidang media.

"Kami semua yakin dia akan melaksanakan tugas dengan baik.

"Bukan semua perihal bola sepak itu indah. Kadang kala berlaku banyak ketidakadilan."

Portugal kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B selepas perlawanan keenam, tiga mata dibelakang Switzerland.

Advertisement

Must Watch Video