"Andik masih pemain kami". Itu pengesahan pengendali Selangor, P. Maniam, apabila ditanya mengenai kelibat Andik Vermansyah selepas terdapat beberapa media Indonesia mengaitkan pemain sayap itu dengan bekas kelabnya, Persebaya.
Bagi Maniam, Andik kini masih beransur pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya ketika mewakili Indonesia dalam kempen Piala Suzuki AFF, Disember lalu.
Namun, Andik masih dalam perancangannya untuk saingan 2017 dan pemain itu juga masih mempunyai ikatan kontrak setahun lagi bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
"Andik masih lagi mempunyai baki kontrak setahun lagi. Dia akan berjumpa doktor di Malaysia untuk kami nilai keadaannya.
"Saya fikir peluangnya besar untuk pulih dan kembali beraksi," katanya.
Maniam menafikan segala perkhabaran media Indonesia yang sebelum ini mengaitkan Andik dengan kepulangan ke Persebaya.
Bekas pertahanan kebangsaan itu memberi jaminan Andik akan kembali ke pangkuan Selangor dalam masa terdekat dan meneruskan program pemulihan kecederaannya bersama pasukan.
"Itu semua hanyalah khabar angin kerana dia masih perlu mematuhi kontraknya bersama Selangor dan saya harap dia segera pulih.
"Dia akan melakukan proses pemulihannya di sini dan dalam tempoh sebulan, dia mungkin pulih."
Dalam pada itu, Maniam masih menilai beberapa calon pemain untuk satu lagi kuota import, namun mengakui masih belum menemui calon sesuai setakat ini.
Selain Andik, Selangor sudah mengikat Ugo Ukah dan Francis Forkey Doe.