Skip to main content

Bola Sepak

Andik kekal bersama Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

160517andik.jpg
Pengendali Selangor, P. Maniam, mengesahkan pemain kebangsaan Indonesia, Andik Vermansyah, akan didaftarkan sebagai salah seorang awang import Selangor ketika pintu perindahan kedua Liga Malaysia yang telah dibuka semalam.

Maniam mengakui berpuas hati dengan kelibat Andik dalam beberapa aksi persahabatan setakat ini.

Kini, Maniam dan pihak pengurusan perlu menggugurkan salah seorang awang import Selangor untuk mendaftarkan Andik.

"Andik masih mempunyai kontrak selama setahun, dia akan menyertai latihan Selangor dan mungkin akan diturunkan berdepan Pahang nanti.

"Ketika ini, FAS sedang berbincang dengan (Francis) Forkey Doe, (Victor) Astafei dan (Juliano) Mineiro, dengan minggu ini kami akan membuat pilihan pemain mana akan digugurkan nanti," kata Maniam.

Dalam pada itu, kapten dan tonggak pertahanan Selangor, Razman Roslan, optimis skuad Gergasi Merah mampu terus memperbaiki kedudukan dalam saingan pusingan kedua Liga Super.

Kemampuan Selangor menduduki tangga keempat liga kini turut meningkatkan keyakinan pemain.

"Pada awal musim adalah untuk mengekalkan (kedudukan) dalam Liga Super, saya berharap kehadiran Andik kembali di dalam pasukan mampu membantu kami dalam usaha menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik," kata Razman.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video