Penyerang import Selangor, Andik Vermansyah, gembira kerana akhirnya dapat bergandingan dengan Amri Yahyah yang disifatkannya antara pemain terbaik negara.
Setelah lama mengikuti perkembangan Amri sejak beberapa Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF), Andik sangat mengagumi prestasi penyerang veteran itu yang sudah menginjak usia 36 tahun.
Sebaik mengetahui Amri kembali bersama The Red Giants, motivasi Andik melonjak tinggi untuk memperagakan kecemerlangan bersama Selangor.
Dia yakin mampu membentuk gandingan mantap di jentera serangan berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Amri.
"Saya amat berbangga kerana dapat beraksi bersama Amri. Dia adalah seorang pemain yang profesional dan perlu dicontohi oleh setiap pemain-pemain Selangor," katanya.
Andik yang berehat lima bulan selepas pembedahan kecederaan posterior cruciate ligament (PCL) mendedahkan dia menerima banyak tawaran daripada kelab dalam Liga Indonesia pada awal musim.
Namun, dia menjelaskan misinya bersama Selangor yang masih belum selesai menjadi punca mengapa dia memilih terus kekal di Malaysia.
"Saya masih memiliki kontrak selama setahun dan mempunyai misi yang mahu dilunaskan untuk Selangor."