Skip to main content

Bola Sepak

Anderson Talisca hampir pasti tinggalkan Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(1).jpg
Pada awal Januari 2025 terdapat laporan bahawa penyerang Al Nassr, Anderson Talisca, sedang diusahakan untuk bermain bersama Fenerbahce bagi musim ini.

Berita terbaru adalah keputusan perpindahan Talisca dari Al Nassr ke Fenerbahce sudah pun memasuki fasa akhir dengan pemain itu bakal diumumkan sebagai pemain kelab gergasi Turkiye itu pada bila-bila masa sahaja.


 

Ini sekali gus menyebabkan Al Nassr yang ketika ini menghuni tangga ketiga Liga Pro Saudi kehilangan seorang penyerang berkaliber dalam misi mengejar puncak liga.

Ini juga bermakna Cristiano Ronaldo yang masih segar dengan rekod jaringan ke-920 dalam kariernya, akan kehilangan rakan penyerangnya untuk baki musim ini.

Advertisement

Must Watch Video