Skip to main content

Bola Sepak

Andai kata musim depan dah tiada, ini adalah pencapaian terbaik Sri Pahang -- Zarif Irfan berterima kasih kepada Tengku Muda Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zarifirfan.jpg
Tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus gagal merangkul kejuaraan Unifi Piala Malaysia merupakan detik sedih skuad Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.

Ia turut diselubungi dengan status penyertaan skuad Tok Gajah dalam kancah tempatan yang masih menjadi tanda tanya.

Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin, masih mengharapkan keajaiban berlaku membabitkan masa depan juara empat kali Piala Malaysia itu.

Dia menegaskan satu kerugian buat bola sepak negeri itu untuk menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M).




"Saya mengucapkan terima kasih kepada bos (Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) yang banyak membantu walaupun, sebelum ini pasukan mengalami tunggakan gaji selama lima bulan tapi baginda tolong selesaikan. 

"Kami bermain untuk baginda dan barisan kejurulatihan.

"Andai kata Sri Pahang tiada musim depan, ini adalah pencapaian terbaik selepas 11 tahun melangkah ke final Piala Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video