Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, sah bakal meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu penghujung musim ini bagi melangkah ke cabaran baru dengan mengambil alih pasukan kebangsaan Brazil.
Pengendali berusia 65 tahun dari Itali itu akan secara rasmi memulakan tugas bersama Brazil pada 26 Mei, sejurus selepas tamat musim La Liga.
Ancelotti meninggalkan Santiago Bernabéu sebagai salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab tersebut.
Sepanjang dua tempoh kendaliannya di Real Madrid, Ancelotti berjaya merangkul 15 trofi, termasuk membawa Los Blancos meraih kejuaraan berganda Liga Juara-Juara dan LaLiga musim lalu.
Penghijrahnnya dari Real Madrid hadir selepas kekalahan dalam El Clásico Ahad lalu yang menyaksikan Real ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, dengan baki tiga perlawanan.
Dalam satu kenyataan rasmi, Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) menyifatkan Ancelotti sebagai legenda bola sepak dan mengakui betapa signifikannya pelantikan jurulatih asing untuk menerajui pasukan kebangsaan mereka.
"Momen bersejarah ini menyaksikan pertemuan dua ikon – juara lima kali Piala Dunia, dan seorang jurulatih dengan rekod yang tiada tandingan dalam pertandingan elit Eropah.
"CBF dengan mesra mengalu-alukan kedatangan Carlo Ancelotti dan menantikan era kejayaan baharu di bawah kepimpinannya," kata CBF.
Sementara itu, bekas pemain tengah Real Madrid, Liverpool dan Sepanyol, Xabi Alonso, 43 tahun, dijangka akan menggantikan Ancelotti di kerusi panas Bernabéu.
Alonso mengumumkan pada Jumaat lalu akan meninggalkan kelab Jerman, Bayer Leverkusen, pada akhir musim ini dan Real Madrid dikatakan mahu melantiknya sebelum bermulanya Piala Dunia Kelab bulan depan.