Carlo Ancelotti percaya Karim Benzema mampu memenangi satu lagi Ballon d'Or selepas meledakkan jaringan hatrik berturut-turut buat Real Madrid.
Benzema menyusul tiga gol itu dalam kemenangan 6-0 LaLiga minggu lalu ke atas Real Valladolid selain jaringan hatriknya menyusul dalam perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey 4-0 di Barcelona, semalam.
Buat julung kalinya bekas pemain antarabangsa Perancis itu melakar hatrik berturut-turut dalam kerjayanya bersama Madrid sepanjang 14 musim yang sarat dengan trofi.
Selepas memenangi Ballon d'Or buat kali pertama dalam musim gemilang Los Blancos pada 2022, Ancelotti menyokong Benzema untuk sekali lagi mencabar anugerah individu itu.
"Kenapa tidak?" Ancelotti berkata berikutan kemenangan agregat 4-1 pasukannya menentang Barcelona.
"Dia masih merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia dan bukan sekadar penyerang."
Shaiful Shamsudin
Thu Apr 06 2023