Anak legenda Perancis, Zinedine Zidane, memilih untuk mewakili Algeria sebagai pasukan kebangsaannya menjelang Piala Negara-Negara Afrika 2025 yang akan berlangsung di Maghribi, Disember ini.
Luca Zidane mengambil keputusan menukar kewarganegaraan dan peminat tidak akan dapat melihat episod 'bagaimana acuan begitulah kuihnya' tatkala legasi Zidane bersama Perancis tidak dapat diteruskan oleh anaknya itu.
Menurut laman rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Luca yang merupakan seorang penjaga gol secara rasminya dibenarkan buat Algeria.
Algeria juga dalam landasan tepat untuk layak ke Piala Dunia 2026 apabila mengungguli Kumpulan G dan memerlukan kemenangan ke atas Somalia untuk mara.
Ketika ini, bekas pemain remaja Perancis itu beraksi untuk Granada dalam saingan divisyen kedua Sepanyol.
Dia pernah melakukan penampilan bersama Real Madrid pada musim 2017/18.
Keluarga Zidane sememangnya memiliki darah campuran dua negara tersebut di mana ia berasal dari timur Algiers dan Zidane dilahirkan di Marseille.