Skip to main content

Bola Sepak

Amri Yahyah-Van Der Sar imbau gol lemas 16 tahun lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

van-derr-sar-amri-yah-yah.jpg
Pertemuan Amri Yahyah dan Edwin Van Der Sar dalam satu acara di Johor Bahru baru-baru ini mengimbau kenangan manis mengenai gol legenda yang menyaksikan Malaysia tumpas 2-3 kepada Manchester United.

16 tahun selepas pertemuan epik di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, mereka sempat momen gol lemas Amri pada masa kecederaan babak pertama pada 2009. 

"Salah satu gol terbaik pernah saya saksikan," kata penjaga gol berbangsa Belanda itu.

Amri -- di bawah bimbingan skuad Datuk K Rajagobal -- melepaskan satu voli kaki kiri sebaik menerima bola daripada sepakan gol, malah turut meledak gol kedua dengan menewaskan Ben Foster.
 

Advertisement

Must Watch Video