Vigor FC mengikut jejak Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan memborong pemain ternama bagi memperkuatkan pasukan untuk Liga Divisyen 1 JBFA 2025.
Langkah agresif itu menyaksikan kelab berkenaan menandatangani bekas pertahanan Harimau Muda A, JDT II, Petaling Jaya (PJ) City dan Kuala Lumpur (KL) Rovers, Amer Saidin.
Ia selepas mereka merekrut bekas pemain Selangor sepetiGopi Rizqi, Fandi Othman dan Latiff Suhaimi termasuk melantik Amri Yahyah sebagai duta pasukan.
"Kami menyertai Liga JBFA dan Liga Pasir Gudang.
"Perlawanan menentang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) (semalam) merupakan penampilan pertama Amer Saidin bersama Vigor FC.
"Ia hasil daripada maklumat Amri Yahyah dalam mengenal pasti pemain yang sesuai.
"Amri tahu pemain yang bersesuaian dengan visi kami," kata Presiden Vigor FC, Amirul Shafiq.