Pemain baharu Manchester United, Sofyan Amrabat, mendedahkan pengurus Erik ten Hag merupakan antara watak penting dalam kariernya selepas bersatu semula dengan pengendali kelahiran Belanda itu di Old Trafford.
Pemain berusia 27 tahun itu, yang menyertai secara pinjaman dari Fiorentina pada hari terakhir jendela perpindahan, bakatnya digilap melalui akademi Utrecht untuk 50 kali bermain bersama pasukan senior ketika Ten Hag mengendalikan pasukan tersebut di antara 2015 dan 2017.
“Ia sangat penting kerana saya masih sangat muda,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.
“Saya berumur 18, 19 tahun dan dia memberi saya peluang untuk bermain dalam pasukan utama bersama Utrecht.
“Kami mempunyai detik yang hebat, musim yang sangat bagus. Saya banyak belajar daripadanya jadi mungkin dia antara orang yang paling penting dalam kerjaya saya buat masa ini.
“Ia hebat kerana saya fikir Erik ten Hag adalah seorang jurulatih yang akan sentiasa berusaha keras.
“Dia dahagakan kejayaan,. Dia mahu menang. Dia seorang juara dan saya sukakannya.. Saya rasa saya juga serupa, saya juga seorang pemenang. Saya mahu menang setiap hari jadi ia perlawanan yang bagus.”

▶️ Sofyan Amrabat's first interview as a United player is now live ?#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) September 6, 2023