Amorim telah menempuh permulaan tidak menentu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan pasukannya tewas dua perlawanan terakhir iaitu kepada Tottenham dalam Piala Liga Inggeris (EFL) dan Bournemouth dalam liga.
Berada di tangga ke-13 buat pertama kalinya pada Krismas tetapi mereka hanya tinggal enam mata di belakang tempat kelima, lantas Amorim merancang untuk merapatkan jurangnya awal pagi esok.
"Saya hanya mahu menang. Saya tidak kisahkan tentang Krismas," katanya.
A beautiful @rubendsneves_ strike against Man United ?#WOLMUN | @MNEGlobal pic.twitter.com/H92vht7MmK
— Wolves (@Wolves) December 24, 2024
“Saya hanya fokus kepada kami perlu memenangi perlawanan seterusnya.
"Itu sahaja. Ia bagus untuk peminat. Kami memiliki hak untuk melakukannya.
"Jadi, kami akan menggunakan Boxing Day ini untuk menawarkan sedikit kegembiraan kepada peminat dan kami begitu teringin memenangi perlawanan."