Ruben Amorim akan membantu Mason Mount yang berjuang untuk bebas daripada kecederaannya selepas mengesahkan pemain tengah Manchester United itu bakal terlepas aksi selama beberapa minggu lagi.

Mount hanya membuat permulaan keempatnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertemu Manchester City Ahad lalu tetapi bertahan hanya 14 minit sebelum dia dikeluarkan gara-gara kecederaan kaki.

Sejak menyertai Manchester United daripada Chelsea Julai tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu hanya muncul 32 kali dengan merakamkan satu gol dan satu bantuan jaringan.

Dia sudah terlepas dua bulan kempen musim ini kerana kecederaan hamstring serta kepala, lantas Amorim mengakui dia belum mengetahui sepenuhnya masalah terbaru yang melanda Mount.

"Beberapa minggu; saya tidak tahu tarikh yang tepat tetapi ia akan mengambil masa yang lama," kata pengurus itu.

“Ia sebahagian daripada bola sepak dan anda perlu terus berjuang.

"Apa yang boleh saya lakukan ialah membantu Mason dengan menyesuaikannya dengan corak permainan kami apabila dia semakin pulih sementara kami cuba gunakan masa ini untuk dia memikirkan perkara yang berbeza.

A post shared by Mason Mount (@masonmount)



“Bahagian yang paling teruk ialah kami tidak mempunyai masa untuk berlatih seperti yang sepatutnya sedangkan ramai pemain baru pulih daripada kecederaan.

"Kami sentiasa perlu bertandang ke tempat lawan, mengadakan perlawanan, kami tidak dapat mengumpul semua pemain jadi ia menyukarkan saya untuk menerapkan strategi sebelum mereka turun beraksi."