EPL

Amorim akui tidak wajar kata 'pasukannya paling teruk dalam sejarah Manchester United'

Saufi Tahir 23/01/2025 | 01:16 MYT
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, mengakui dia 'mengatakan perkara yang tidak sepatutnya saya katakan' selepas menyifatkan pasukannya itu mempunyai kemungkinan pasukan paling teruk dalam sejarah kelab itu, sebelum ini.
Jurulatih berusia 39 tahun itu membuat pemerhatiannya semasa sidang akhbar susulan tewas 1-3 kepada Brighton dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, minggu lalu.
Malah, ia merupakan kekalahan keenam The Red Devils dalam 11 perlawanan liga sejak dia mengambil alih pada November, menjadikan mereka kekal di tangga ke-13 dalam carta liga ketika ini.
Amorim turut mengakui komennya itu bersifat panas, tetapi turut menegaskan terdapat isu penting yang perlu diselesaikan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya lebih banyak bercakap untuk diri sendiri berbanding pemain saya. Tetapi kadangkala, amat sukar untuk menyembunyikan rasa kecewa itu.
"Perkara yang baik ialah saya berkata perkara yang sama dengan cara berbeza dalam bilik persalinan lima minit sebelum, sambutannya biasa kerana saya benar-benar berterus terang dengan pemain saya.
"Ketika ini kami menunjukkan prestasi sangat teruk, dan keputusan kami terus. Mungkin satu kesilapan kerana selepas itu saya menjadi gugup, pergi ke sidang media dengan sangat gementar. Saya tidak sepatutnya berkata seperti itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir ia satu perkara bagus untuk berterus terang, jika anda di stadium, anda boleh memahaminya. Jadi mari kita hadapi dan usahakannya." katanya.
#bola sepak #Manchester United #EPL #Ruben Amorim
;